myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Monday, 21 February 2011

Renungan Bersama

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan kerana Allah tidak tahu deritamu,
retaknya hatimu,
tetapi, 
mungkin itulah yang dia mahukan kerana dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak berdamping dengannya...

Saturday, 19 February 2011

Jadilah Manusia Yang Paling Bahagia

Wahai manusia yang paling bahagia
kerana agama dan etika,meskipun tanpa permata,
kalung dan emas yang menghiasinya
melainkan berkat tasbih yang selalu di bacanya
bagaikan berita gembira,bagaikan hujan,
bagaikan fajar,bagaikan sinar dan bagaikan awan
dalam sujud,dalam doa,
dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh
dan kitab-kitab yang juga dipesankan
oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua
yang darinya Rasul Tuhanmu
dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab
engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia
berkat keyakinan yang ada
dalam qalbumu yang suci
lagi penuh dengan ketaatan..